Hendaklah sentiasa suci zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.
Hendaklah membaca di tempat yang bersih dan suci yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktikaf.
Hendaklah memakai pakaian yang cantik, kemas dan bersih.
Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi: "Sesungguhnya mulut-mulut kamu merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi."
Hendaklah melahirkan di ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
Hendaklah menjauhknan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca Al-Quran.
Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib.
Setiap kali memulakan bacaan terlebih dahulu membaca Istiazah: (A'uzubbillahiminasyaitannirrajim), untuk memohon perlindungan dari Allah dari syaitaan yang direjam.
Kemudian diikuti dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
Hendaklah dibaca Istiazah bila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum tajwid). Secara tidak langsung menambah minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
Hendaklah berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca sehinnga dapat menngetahui tujuan Al-Quran diturunkan kepada Allah S.W.T.
Hendaklah menjaga hak tiap -tiap huruf sehingga jelas sebutan kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan.
Hendaklah membaca mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca tidak mengikut turutan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
Hendaklah berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang membaca Al-Quran dia sedang bermunajat pada Allah dan apabila menguap akan terhalang, kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
Hendaklah meletakkan Al-Quran di atas riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sesekali meletakkannya di lantai atau tempat yang rendah.
Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
Setiap bacan hendaklah disudahi dengan membaca Sadaqallahul'azim.
Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran.
Demikianlah di antara adab-adab membaca Al-Quran.