Terkini, kebanyakan Negara didunia ini mempunyai lukisan BATIK mereka tersendiri. Manakala corak-coraknya adalah pelbagai dan setiap negara mempunyai ciri-ciri dan identiti yang tersendiri.
Di dalam pembuatan BATIK terutamanya di Malaysia, tompakan kecil atau titisan warna yang berbeza daripada warna yang sedia ada di sekeliling atau di dalam corak/bunga tersebut ataupun perbezaan bentuk atau tertinggal salah satu daripada corok/bunga antara satu helai dengan helaian yang lain, kami mengangap bukanlah satu kesalahan atau kecacatan kepada corak/bunga tersebut. Ia kami namakan satu bentuk kesenian dan keunikan yang menandakan ia BATIK lukis tangan(canting). Itulah seni BATIK! Lihat gambar di bawah.
Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan 'titik' dari Malaysia. Apabila digabungkan ia menjadi "BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara global di kebanyakan Negara didunia ini.
Fabrik BATIK telah wujud sejak beribu tahun dahulu. BATIK biasanya dikait dengan Negara di sebelah asia seperti Iran, Cina, India dan banyak Negara lagi, tetapi BATIK paling popular di Malaysia dan Indonesia.
Lihatlah perbezaannya, sebelah kiri tiada bentuk di dalamnya manakala sebelah kanan ada bentuk di dalam corak BATIK di atas.
Tahukah anda? Para peloncong yang berminat dengan BATIK Malaysia, terutamanya dari barat lebih suka membeli BATIK seperti apa yang terjadi pada gambar corak BATIK di atas.
Untuk pengetahuan anda, harga BATIK pula banyak bergantung pada corak atau keunikannya dan juga jenis fabrik yang digunakan, ada yang mencecah ribuan ringgit hanya untuk sehelai fabrik BATIK. Apakah keistemewaannya?
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Ada sedikit warna biru di dalam bunga BATIK ini.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA