Apa itu LANGSIR?
Di dalam kamus Dewan Bahasa langsir bermakna kain atau tirai penutup jendela atau pintu.
FUNGSI LANGSIR
Fungsi utama LANGSIR ialah :
1. Untuk menutupi atau melindungi sesuatu yang terbuka dari pandangan luar.
Rumah/tempat tinggal atau apa sahaja yang ada di dalamnya, sepatutnya tidak boleh di pertontonkan kepada khalayak ramai. Ia patut ditutupi walaupun dengan sehelai kain atau fabrik sahaja. Bagi kami rumah/tempat tinggal, pejabat, hotel dan sebagainya mempunyai aurat dan juga hijab yang tertentu. Apa sahaja yang ada di dalamnya sepatutnya terlindung dari pandangan luar. Sekurang-kurangnya ia tidaklah menarik perhatian si pencuri, si perompak atau si kepoh yang berada di luar sana. Di samping itu juga dapat membentuk dan melatih diri supaya mengurangkan sifat ingin menujuk-nunjuk atau bermegah-megah.
Di dalam Islam, walaupun kita dibolehkan memiliki apa sahaja mengikut kemampuan kita asalkan tidak bercanggah dengan kehendak Islam, tetapi kita amatlah ditegah untuk mempamerkan atau dengan kata lain menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Semua itu pemberian Allah dan sebaiknya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya, dengan mengikut kehendak dan landasan yang telah di tentukanNya. Ikutlah seperti yang telah di gariskan oleh Islam. Oleh itu sekurang-kurangnya penggunaan langsir akan mengurangkan sedikit sifat-sifat ingin bermegah-megah atau menujuk-nujuk itu.
2. Untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik.
Pancaran matahari terus ke dalam rumah terutama di Malaysia akan menyebabkan pengudaraan di dalam rumah menjadi lebih panas. Alatan di dalam rumah juga akan terkena pancaran terus matahari menyebabkan warna akan menjadi cepat pudar. Dengan pengunaan langsir ia dapat menapis cahaya matahari terik, sekurang-kurangnya melambatkan proses pemudaran langsir tersebut dan juga mengurangkan kepanasan pengudaraan di dalam rumah tersebut.
3. Untuk mengurangkan habuk atau benda-benda halus yang berterbangan memasuki ke ruang yang ditutupi.
Biasanya habuk-habuk halus yang berterbangan di udara di tapis atau terlekat pada langsir, jadi dengan pemakaian langsir ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan habuk atau benda-benda halus yang berterbangan di udara. Dengan itu Langsir juga berfungsi sebagai penapis kepada habuk-habuk yang berterbangan atau menghalang habuk luar masuk ke dalam rumah.
INFORMASI ASAS MENJAHIT LANGSIR ILHAM NISHA
Sebelum menjahit sesuatu jenis langsir kita sepatutnya tahu bahagian-bahagian langsir dan fungsinya. Apakah dan bahagian mana yang ingin kita jahit? Berapakah budget kita dan jenis kain apakah yang ingin kita gunakan dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langsir selalulah mengujungi web kami atau belilah ebook kami untuk rujukan anda. Ya! mungking anda sudah tahu menjahit langsir tetapi ada juga perkara-perkara yang mungking anda tidak tahu seperti membuat anggaran untuk membeli kain langsir sebagai contohnya. Jadi kami akan cuba memberi sedikit gambaran dan informasi untuk anda sebelum anda membuat sesuatu jenis langsir yang di inginkan di dalam ebook kami.
Pembahagian langsir
Ia boleh di bahagikan kepada 3 bahagian yang kami namakan :
1) Penyeri (atas/kepala) - Kain/fabrik tebal atau nipis.
2) Pelindung(langsir siang) - Kain/fabrik nipis.
3) Penutup(langsir malam) - Kain/fabrik tebal.
Dimasa dahulu langsir merupakan suatu keperluan untuk melindungi atau menutupi bahagian dalam sesuatu tempat. Satu atau dua bahagian sahaja yang diperlukan iaitu bahagian pelindung dan penutup. Itupun bergantung kepada apa yang ingin dilindungi atau ditutupi. Jika ia digunakan sebagai tirai(sebagai pembahagi kepada ruang atau menutupi tempat simpanan barang-barang dapur) hanya satu bahagian sahaja diperlukan. Bagi rumah-rumah di kampung yang menggunakan tingkap papan hanya memerlukan 1 bahagian langsir sahaja. Iaitu bahagian pelindung(kain nipis) kerana di sebelah malam ia boleh di tutup menggunakan tingkap/pintu.
Manakala bagi tingkap dan pintu cermin, dua bahagian diperlukan iaitu bahagian pelindung dan penutup. Pelindung digunakan di waktu siang, manakala bahagian penutup akan digunakan di waktu malam untuk menutupinya dari pandangan luar.
Terkini, langsir bukan lagi merupakan keperluan sahaja, malah ia sudah menjadi salah satu set hiasan dalaman utama di kebanyakan tempat samada rumah, pejabat, hotel, ruang pameran dan sebagainya. Langsir digunakan untuk mencantik, menyerikan dan menyerlahkan satu-satu ruang.
Faktor-Faktor yang menyebabkan langsir anda tidak menarik dan tidak kemas.
Beberapa faktor yang kami dapati mempengaruhi kekemasan dan kecantikan sesuatu jenis langsir. Antaranya:
- Cara pemasangan trek langsir. Adakah ketinggian trek anda, sama di dikedua-dua belah kiri dan kanan?.
- Trek yang digunakan. Adakah ia bersesuaian dengan langsir anda.
- Cara pengukuran trek langsir. Adakah anda mengukur trek tersebut atau anda mengukurnnya di bahagian bawah trek( main agak-agak aje).
- Jenis kain/fabrik apakah yang anda gunakan. Tebal atau nipis? Lembut atau kasar? Bagaimana untuk menjahit Penyeri scallop menggunakan kain tebal atau menjahit Penyeri box pleat menggunakan kain nipis dan lembut?
- Cara anda mengunting kain/fabrik. Menegak(mengikut ira kain), memanjang atau menyenget.
- Cara menjahit.
- Pengunaan penyangkuk langsir. Penyangkuk apakah yang bersesuaian atau tidak perlu menggunakan penyankuk.
- Cara pemasangan langsir atau menggantung langsir.
- Cara membasuh.
- Cara menyimpan langsir terutamanya bahagian penyeri.
Gambar di bawah adalah antara ketidak sempurnaan atau kecacatan dalam penghasilan langsir.
SEKIAN. TERIMA KASIH.