KOLEKSI BATIK PUAN NISHA
Bukan batik sahaja, saya sebenarnya sangat berminat dengan semua perkara yang berkaitan dengan kraftangan terutamanya berkaitan dengan wanita. Berbagai perkara saya buat dan cuba terutama selepas berhenti bekerja kira-kira sepuluh tahun dahulu. Selain berminat menjahit langsir, saya juga berminat menjahit baju, berminat mengubah bunga, memasak samada stail kampung dan moden. Jangan tak tau saya boleh buat wajik, dodol dan rendang daging pegaga yang lain daripada yang lain manakala untuk makanan yang sedikit kebaratan seperti piza dan KFN(macam set KFC tu!) dan banyak lagi. Masakan yang paling keluarga saya sukai ialah "Ayam Golek bersambal special" yang saya reka sendiri. Hinggakan kalau abah saya nak datang ke rumah, dia akan taliphone dan suruh saya masak ayam golek. Lepas ini saya ingat nak buat web site mengenai masakan pula. Apa macam, boleh tak? Ada ke yang nak beli dodol dan wajik saya.
Ada baiknya pandai masak sendiri, maklum ajelah sekarang ni, semuanya tak pasti kehalalannya. Jadi untuk jalan selamat dan mendapat keberkatan daripada Allah lebih baiklah masak sendiri. Jadi anak-anak pun banyak mendengar cakap kita walaupun sedikit sebanyak terpengaruh juga dengan kehidupan yang serba canggih ini. Kebanyakan apa yang saya buat sekadar untuk diri dan keluarga sahaja kerana saya mencuba sendiri, dan belajar dari buku dan majalah aje. Tidak profesional jadi apa yang di buat tidak cukup sempurna dan terlalu banyak kecacatannya dan kekuranganya.
Bukan masakkan dan makanan yang ingin saya ceritakan, itu cuma untuk memanjangkan artikel ini sahaja. Ya, Batik yang sepatutnya saya ceritakan. Batik memang menjadi salah satu fabrik yang saya minati tetapi apakan daya, tau ajelah saya setakat mampu memiliki kain batik sahaja kerana itu yang termurah tambahan pula saya bukannya dari keluarga yang berkemampuan. Itu pun batik cop. Cuma selepas bekerja barulah saya boleh beli fabrik batik, itupun yang cop aje. Maklumlah masa kerja dan masih muda, kawan ada sutera batik sayapun nak juga sutera batik tapi beli yang paling murah sekali.
Masa tu Kain Sarung Batik/Kain Batik Lepas canting/handmade saya tak terfikir nak belipun terutamanya dari Indonesia kerana saya fikirkan tak perlu. Maklumlah kalau dari batik(pandangan orang Malaysia suatu ketika dahulu) Indonesia mesti baik dan berkualiti tinggi dan harganya pun mahal. Cuma selepas berkahwin barulah saya ada Kain Batik Sarung yang bagus dan berkualiti, itupun suami yang belikan. Memang saya sekeluarga tidak banyak koleksi batik. Anak-anak lelaki dan suami saya cuma ada seorang sehelai baju batik untuk di pakai bila perlu dan di dalam majlis tertentu sahaja. Itu pun baju batik yang paling murah yang mampu kami beli. Manakala saya tak ada langsung baju batik. Di tambah pula saya tak bekerja sekarang ini, jadi saya tak kisah kalau tak ada pun. Baju masa muda dulu adalah tapi dah tak sesuai di pakai lagi.
Oleh kerana saya ini mengambil tempahan menjahit langsir dan saya suka sesuatu yang cantik dan kreatif jadi dah lama saya terfikir untuk membuat langsir dari fabrik/kain batik dan juga dari kain songket. Saya selalu berfikir "kenapa tiada orang yang ingin menghasilkan langsir dari kain/fabrik batik/songket". Tak sesuaikah menggunakan fabrik tersebut? Masa tu saya teringat kata-kata Chef Wan semasa rancangan memasaknya di dalam TV. Kita yang buat dia, jadi kita boleh buat apa yang kita suka dan kita tokok tambah apa yang kita rasakan sesuai. Betul juga kata-kata Chef Wan tu, saya rasa hanya hukum Allah dan apa yang termaktub di dalam Al-Quran aje yang tak boleh ubah. Yang lain-lain tu boleh kita ubah. Sebagai umat Islam kita sepatutnya mengikut ajaran Al-Quran. Sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada yang lain. Sapatutnya kita mencipta sesuatu yang lain daripada yang lain bukan hanya mengikut/menggunakan sahaja apa yang di sajikan oleh umat lain.
Sejak dari itu saya bercita-cita untuk menghasilkan langsir dari kain batik/kain songket tetapi maklumlah kosnya bukannya sikit. Nampaknya sekadar impian dan angan-angan sahajalah. Tetapi setelah saya membaca buka Dr. Irfan Khairi saya mendapat satu ilham. Apakata saya menggunakan internet untuk merealisasikan impian saya ini. Di tambah pula saya boleh mengguna komputer cuma tidak pandai membuat web site. Banyak juga saya peruntuk untuk membuat web site dan juga buku-buku dan juga softwarenya. Tetapi akhirnya yang paling praktikal ialah bila saya berjumpa dengan seorang yang membuat perniagaan menggunakan internet yang sanggup mengajar saya membuat web tanpa mengira berapa upah yang saya bayar. Ikut suka saya berapa nak beri. Alangkah bagusnya jika ramai orang seperti En. Sukor ini. Semoga ilmu yang di ajarnya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah walaupun duit yang dia dapat tidak setimpal dengan ilmu yang di berikan.
Setelah berbagai dugaan dan cabaran yang saya hadapi semasa merealisasikan impian saya ini maka terhasillah apa yang saya idam-idamkan. Memang saya tidak mendapat tentangan dari suami malah dia banyak berkorban dan membantu saya tetapi perkara lain pula yang datang dan melambatkan prosesnya antaranya masa itu juga saya ada anak kecil yang perlu di beri perhatian dan banyak lagi. Tak perlulah saya ceritakan, biarlah Allah sahaja yang tahu.
Akhirnya saya berjaya juga menghasilkan apa yang saya impikan(Langsir Batik) dengan sokongan banyak pihak terutama suami saya yang banyak membantu dari segi kewangan dan tenaga. Terima kasih kepada semua yang membantu saya terutama kepada suami tercinta, anak-anak dan ibubapa yang mendoakan kejayaan saya, juga En. Sukor dan Dr. Irfan Khari yang menyempurnakan impian saya.
Sambung balik tentang batik. Sekarang terlaksalah impian saya. Langsir Batik yang saya angan-angankan lapan, sembilan tahun dahulu telah berhasil. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang langsir batik saya, sila klik di sini. Namun demikian saya hanya berjaya menghasilkan "Langsir Batik" yang saya idamkan tetapi saya masih tidak berjaya memperkenalkan kepada khalayak umum Langsir Batik tersebut. Mungkin harganya yang mahal. Apakan daya, saya bukan pembuat batik, paten, bentuk, corok dan bunga sememangnya saya yang lakarkan tetapi yang menghasilkan batik tersebut adalah syarikat lain. Kalau semuanya atas saya mungkin bolehlah di turunkan harganya. Atau mungkin selepas ini akan lahir ramai lagi pembuat langsir daripada batik yang mana mungkin mereka boleh mencedok daripada ilham saya, maka harganya akan rendah kerana kosnya telah menurun. Tidak mengapa kalau ada di kalangan anda semua menggunakan ilham yang telah saya ada ini untuk menghasil sesuatu produk batik yang lebih baik. Mungkin di sini saya tidak mendapat apa-apa ganjaran, tetapi di akhirat nanti ganjaran amatlah besar kerana ilmu yang saya dapat daripada Allah ini di guna pakai oleh ramai orang lain dan di perkembangkan lagi ke seantero dunia. Semoga apa yang saya lakukan(langsir batik) ini akan membuahkan kejayaan dan tidak bertentangan dengan kehendak Allah malah di redhai Allah. Amin, amin.. ya rabil alamin.