BATIK DAN BERBEZAANNYA
Perkataan Batik atau Batik Canting sebenarnya telah di terima pakai di seluruh dunia. Batik atau Batik Canting adalah perkataan yang universal dan pengemar batik di seluruh dunia akan memahaminya. Cuma yang membezakanya adalah hasilnya. Batik Malaysia berbeza dengan Batik Indonesia. Walaupun di buat dengan cara yang sama tetapi tiap-tiap negara mempunyai identiti dan ciri-ciri yang tersendiri. Batik India dengan Batik Cina tentu sekali ada perbezaannya. Batik Iran dengan Batik Amerika tentu sekali ada perbezaan mengikut kebudayaan masing-masing.
Itu adalah perbezaan antara negara dengan negara yang lain tetapi di dalam pembuatan batik juga ada beberapa cara dan dengan itu sudah tentulah ada perbezaannya samada apa yang terhasil dan juga dari segi harga. Berikut adalah di antara pembuatan batik dan perbezaannya.
1. Batik cetak samada di setkan menggunakan komputer atau di cetak menggunakn pencetak khas(Cop/blok). Batik cetak lebih senang tidak banyak menggunakan tenaga manusia tetapi memerlukan modal yang tinggi untuk membeli set komputer dan memerlukan pekerja yang tahu menggunakan komputer. Proses penghasilan fabrik batik juga tidak begitu lama. Dengan menggunakan komputer segala bentuk yang corak batik yang di perlukan boleh di simpan dan boleh di gunakan semula bila perlu. Jadi tidak perlu membuat kerja atau membentuk/mencorakkannya berulang-ulang kali. Semuanya menggunakan mesin/cop/blok dari awal hingga akhir. Prosesnya sama seperti mencetak kain-kain yang berada di pasaran. Jadi setiap kepingan kain batik akan sama bentuk dan coraknya. Cuma yang mungkin membezakan batik tersebut adalah warnanya. Harganya lebih murah daripada Batik Lukis Tangan atau Batik Canting.
2. Manakala batik canting atau batik lukis tangan memerlukan lebih tenaga manusia dan prosesnya lebih lama jika di bandingkan menggunakan batik cetak atau batik cop. Dari melukis hinggalah mewarnakan kain mungkin memakan masa dua atau tiga hari. Ia juga bergantung kepada faktor cuaca. Jika musim hujan akan lebih lambat selesainya membuat satu keping fabrik batik tersebut kerana menunggu warna kering terlebih dahulu barulah boleh di tambah dengan warna yang lain. Bentuk dan coraknya juga berbeza walaupun di bentuk dengan corak yang sama. Maklumlah menggunakan tangan manusia. Kemungkinan semasa meletakkan warna pada bunga-bunga batik tersebut ada yang kecil dan ada sedikit besar. Kemungkinan ada yang tertinggal satu-satu bentuk batik atau satu-satu warna di dalam bunga atau bentuk batik yang di lukiskan. Di situlah letaknya kesenian batik Canting. Di Malaysia para pengemar batik dari luar negara lebih suka mencari batik yang ada perbezaan di dalam satu-satu bentuk batik tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan corak batik sila Klik di sini.
Antara alat yang di gunakan untuk membuat Batik Cop/Blok
Cara-cara mencanting batik
Alat yang di gunakan semasa mencanting batik.
Alat yang di gunakan perlu di celupkan di dalam pewarna dan di tekapkan keatas kain yang ingin di batikkan.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA