BATIK SERBAGUNA
Bila di sebut batik, apa yang terfikir oleh kita terutama di Malaysia ialah Kain Batik yang di sarungkan dan disimpulkan di bahagian pinggang supaya ia menjadi kain yang boleh menutupi bahagian pinggang kebawah atau di kenali juga sebagai kain sarung.
Di Malaysia kain sarung untuk wanita akan di panggil "kain batik" dan kebanyakannya adalah dari batik tidak kiralah batik cop atau batik lukis ataupun batik cetak menggunakan komputer. Manakala di sebelah pantai timur Malaysia, kaum lelakinya menggunakan kain batik sarung untuk mereka pakai sebagai kain basahan(kegunaan harian) tak kira samada semasa berada di rumah atau semasa mereka bekerja(kerja kampung).
Sebenarnya terlalu banyak yang di kaitkan dengan batik samada tempat seperti Teluk Batik, kuih seperti Kek Batik, Biskut Batik, corak seperti Corak Batik, dan banyak lagi. Di sini kami ingin memfokuskan kepada fabrik/kain batik.
Suatu ketika dahulu "kain batik" hanya di buat untuk membuat kain sarung sahaja. . Antara kegunaan "Batik Sarung" di masa dahulu ialah untuk menyambut bayi yang baru di lahirkan dan di balut menggunakan batik sarung. Sebelum kain lampin meluas digunakan kain batiklah yang digunakan untuk menyelimut dan membendung anak kecil yang baru di lahirkan. Kain batik juga di gunakan sebagai kain buaian untuk anak-anak kecil.
Batik juga di gunakan jika ada majlis kenduri kendara samada besar atau kecil. Di majlis perkahwinan suatu ketika dahlulu Kain Batik Lepas akan di bentangkan sepanjang dinding selebar ruang tamu dan setinggi kain tersebut sebagai penyeri majlis(boleh juga di samakan semacam wall paper sekarang ini). Manakala bahagian atas(pengganti siling) juga di tutupi dengan kain batik Lepas. Manakala di Negeri Sembilan kain batik di gunakan untuk mengikat "boko" yang di persembahkan/dihadiahkan dari keluarga penggantin perempuan untuk keluarga penggantin lelaki.
Biasanya bila sesekali balik ke kampung dan berkumpul beramai-ramai, kain batik akan digunakan untuk dijadikan selimut. Maklumlah kalau dah ramai mana cukup kain selimut untuk setiap orang.
Manakala kain batik yang sudah lama boleh di gunakan sebagai pengalas semasa menggosok baju. Sehinggakan kain batik yang telah koyak masih lagi tidak di buang. Ia masih lagi berguna. Batik boleh di jadikan alas kaki yang biasanya di letakkan di pintu bilik air ataupun di pintu dapur rumah. Batik lama juga juga di gunakan sebagai pengelap(ganti mop) bahagian yang basah di kawasan tertentu seperti di dapur. Batik juga di gunakan sebagai pelapis untuk memegang benda-benda yang panas. Dan berbagai-bagai lagi kegunaanya batik.
Juga sehingga hari ini jika ada kematian, kain Batik Lepas digunakan untuk menutupi jasad. Warga tua(Melayu terutamanya) di Malaysia, rasanya masih lagi menyimpan kain batik biasa juga kain Batik Lepas, katanya untuk menutupi jasad mereka, bila mereka pergi meninggalkan dunia ini nanti. Lihatlah, betapa bergunanya kain batik. Dari manusia lahir ke dunia ini sehinggalah ia ingin meninggalkan dunia ini kain batik amat di perlukan terutama di Malaysia, negara yang bertuah ini.
Sebenarnya kain sarung batik bukan hanya di gunakan untuk dipakai untuk pakaian harian dan di gunakan di rumah sahaja. Malah ia boleh juga di gunakan bersama baju kurung dan boleh di bawa ke pejabat dan tempat-tempat lain yang bersesuaian. Manakala kain Batik Lepas cantik di gunakan bersama baju kebaya. Warga Indonesia masih menggunakan kain batik sarung dan kain Batik Lepas sehingga hari ini malah mereka menggunakannya hingga ke majlis-majlis rasmi di sana.
Terkini ia telah di kembangkan lagi, dari kain batik sarung kepada kain/fabrik batik yang boleh di buat baju dan aksosari yang lain. Antaranya hasil dari fabrik/kain batik ialah boleh di jadikan baju kemeja batik, seluar batik yang sesuai untuk bersantai, baju kurung batik, dan bermacam-macam baju moden yang telah di ubah dan diadunkan bersama fesyen-fesyen terkini, tali leher batik dan terkini ialah membuat aksosari hiasan dalaman seperti sarung kusyen, alas meja dan lain-lain lagi. Dan paling terbaru ialah "Langsir Batik" yang kami usahakan, yang masih baru lagi, yang masih belum berkembang dan masih ramai lagi yang belum mengetahuinya.
Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai batik sila Klik disini.
Suatu ketika nanti kain batik akan boleh di kembangkan lagi produknya seperti kasut dari kain batik, beg tangan atau beg dompet dan bermacam-macam lagi yang rasanya perlu kami rahsiakan dahulu untuk produk kami yang akan datang.
Kombinasi baju kurung berkait bersama fabrik batik cop yang popular suatu ketika dahulu.
Buaian anak kecil menggunakan kain batik seperti gambar di atas serta kain batik lama yang masih elok yang boleh di gunakan sebagai pengalas seperti gambar di sebelah kanan.
LANGSIR BATIK INI MUNGKIN AKAN DIKENALI SUATU HARI NANTI
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA