PENYAKIT BEGUK
Penyakit beguk adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan
iodine , apabila kelenjar tirod yang terdapat pada leher
pesakit menjadi bengkak. Sekiranya saiz bengkak ini kecil ia tidak
akan mendatangkan masalah tetapi sekiranya saiz menjadi semakin
besar, ia mungkin menyebabkan kesukaran menelan dan bernafas
kerana kelenjar tirod ini terletak berhadapan dengan salur pemakanan
(esophagus) dan salur pernafasan (trakea). Penyakit ini tidak berjangkit ,
namun untuk mengubati penyakit ini pesakit perlu mengambil iodine tambahan
dan ia akan hilang secara beransur-ansur.
Antara tanda-tanda penyakit ini adalah :
" saiz leher menjadi semakin besar
" susah untuk bernafas
" kesukaran untuk menelan makanan
" demam
" berasa letih.
Kajian menunjukkan golongan wanita lebih berisiko untuk menghidap penyakit beguk. Selain itu golongan yang ahli keluarganya pernah mengalami penyakit beguk berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Di Malaysia, penyakit beguk sangat jarang terjadi disebabkan makanan dan sayuran yang kita makan mengandungi iodine yang mencukupi. Beguk cuma terjadi dalam negara atau sesebuah kawasan yang penduduknya makan hasil tanaman yang mengandungi kurang iodin.
Di antara kompilasi penyakit ini ialah kesukaran untuk bernafas atau menelan makanan sekiranya bengkak di leher menjadi lebih besar. Lebih serius lagi , pembedahan harus dilakukan untuk membuang beguk bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk lagi.
Antara panduan yang dapat diamalkan untuk mengelakkan penyakit beguk adalah dengan memastikan kita mengambil makanan yang mengandungi iodin dengan cukup. Selain itu , sekiranya terdapat bengkak pada leher segeralah berjumpa dengan doktor.
Untuk menembuhkan penyakit beguk dengan cara perubatan tradisional ialah menggunakan nila dan cuka iaitu dengan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dan kemudian di sapukan pada bahagian yang bengkak. Lakukan selalu sehingga hilang bengkaknya.
Penyakit beguk dapat juga dielakkan dengan mengambil immunisasi untuk kanak-kanak ketika berusia kira-kira sembilan bulan diambil secara sekaligus. Program immunisasi kementerian kesihatan dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles , MUMPS dan Rubella). Immunisasi juga boleh diambil di klinik-klinik swasta.
Cuka dan nila di gunakan jika menggunakan kaedah traditional untuk mengubati penyakit beguk.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA