CADAR CANTUM TAMPAL UNTUK BAYI
Penggunaan hasilan cantum tampal di bilik tidur menghasilkan pelbagai suasana meskipun ia sering dikaitkan dengan imej kedesaan. Dahulu ia di jahit dengan tangan, tapi sekarang boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin khas. Kita memerlukan 3 atau 4 fabrik sepadan, sejenis dan sama berat serta boleh di basuh.
Sediakan juga kertas graf , pensil warna atau krayon untuk melakar beberapa corak ringkas. Bahan yang diperlukan adalah fabrik tampal, fabrik alas dan fabrik untuk kelim di sekeliling tilam serta kain tiras (wadding). sederhana berat.
CARA MEMBUAT CADAR :
- Hampar semua kepingan cantum tampal.
- Ambil sekeping dari tepi atas sebelah kiri dan juga sekeping di bawahnya dan temukan bahagian fabrik yang betul.
- Jahit satu sentimeter dari tepi untuk kelim.
- Teruskan menjahit atas quilt sehingga menghasilkan cantum tampal memanjang.
- Pentang hamparan pertama dan kedua, dengan bahagian betul di atas.
- Bahagian tepi kanan jaluran pertama dicantumkan bersama tepi kiri jaluran kedua, kemudian jahit kelim.
- Jahit ke dalam satu sentimeter bahagian tepi yang dicantum dan digosok.
- Jahit sehingga semua jaluran dicantum dengan sempurna.
- Bentang fabrik alas, diikuti kain tiras dan akhirnya jaluran cantum tampal.
- Pin sekelilingnya, bermula dari tengah ke tepi.
- Jahit mesin sekeliling garisan yang dipin secara lurus, bermula di tengah membawa ke kiri atau ke kanan, kemudian jahit melintang dari tengah ke tepi.
- Lipat ke dalam 1.5 sentimeter di kedua-dua tepin jaluran dan jahit kelim.
selesai
Lebihan kain langsir juga boleh di gunakan untuk membuat cadar tampal.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA