CAHAYA TAMBAHAN MENERANGI KEDIAMAN


Apabila matahari terbenam dan suasana menjadi kelam, lampu pun di pasang untuk memberi pencahayaan. Penglihatan manusia memerlukan cahaya yang cukup untuk melihat dengan jelas.

Jika cahaya yang diterima berkurangan, penglihatan tidak dapat memberi sepenuh tumpuan dan kita menjadi tidak selesa dan meraba di dalam gelap.  Justeru penggunaan lampu amat penting untuk memenuhi keperluan ruang dan pengguna. Sesetengah ruang memerlukan pencahayaan tambahan apabila tidak mendapat cahaya semulajadi.

Bagaimana pun tidak semua ruang memerlukan pencahayaan tambahan dan ada juga yang memerlukan pencahayaan yang tinggi, misalnya

  • Kita memerlukan pencahayaan rendah sewaktu menonton televisyen.

  • Anak-anak yang sedang mengulankaji pelajaran memerlukan pencahayaan yang tinggi.

  • Cahaya terang diperlukan sewaktu melakukan kerja di dapur.

  • Sewaktu makan lebih elok guna cahaya lampu yang sederhana dan selesa.

  • Pastikan pencahayaan yang di gunakan jimat tenaga.

  • Pastikan pencahayaan yang digunakan sesuai dengan hiasan dalam rumah.




Konsep

  • Lampu mentol
Mempunyai pelbagai bentuk dan bertindak sebagai pencahayaan tambahan kepada lampu pijar (merah menyala) tradisional.


  • Kalimantang/terang
Juga disebut pencahayaan tetap iaitu terang dan tumpu serta dapat melindung dari kerosakan.


  • Kadar pencahayaan
Jumlah cahaya yang diperlukan agar terasa selesa.


  • Penampilan warna
Pencahayaan boleh mewujudkan suasana sejuk atau panas.


  • Persembahan warna
Lampu berlainan menghasilkan warna berlainan.  Terdapat warna malap, suasana romantik, terang dan pelbagai lagi.


  • Watt
Jumlah tenaga yang diperlukan oleh lampu untuk mengeluar tenaga yang dikenali sebagai cahaya.


  • Lampu tumpu
Membolehkan pencahayaan tertumpu dengan tepat pada tempat yang di inginkan. Jadi kita dapat pencahayaan yang cukup pada ruang yang dikehendaki.



Jenis

  1. Pencahayaan umum - Pencahayaan lebih luas dan merangkumi seluruh kawasan.
  2. Pencahayaan kerja - Menyumbangkan lebih cahaya untuk memudahkan melakukan kerja.
  3. Pencahayaan lampu - Lukisan, jambangan bunga atau arca nampak 'hidup' jika diberi pencahayaan yang sesuai.
  4. Pencahayaan suasana - Bertujuan mewujudkan suasana yang terang dan selesa.
  5. Pencahayaan dinding - Membabitkan pemasangan lampu di sepanjang sisi dinding.
  6. Pencahayaan berwarna - Warna cahaya akan lebih menarik jika menggunakan warna lampu pelbagai yang sesuai.



Jelaslah sebuah rumah memerlukan pelbagai jenis pencahayaan, mengikut fungsinya.  Justeru itu, salah memilih pencahayaan akan mengurangkan mutu kerja, bahkan menjejaskan kesihatan terutamanya mata.

Jumlah penggunaan cahaya bergantung juga ada aspek umur. Mereka yang berusia 30 tahun memerlukan 2 kali ganda pencahayaan daripada usia 20 tahun. Manakala usia 60 tahun memerlukan 5 kali ganda pencahayaan.




Adakah lampu seperti yang di tunjukkan oleh gambar di atas bersesuaian dengan tempatnya?
Cahaya Semulajadi
 
Hakcipta terpelihara  © 2008 ILHAM NISHA
 
I Ebook I Komentar I Utama I