ETIKA KERJA ISLAM
Islam tidak suka umatnya menggangur dan hanya menunggu rezeki disuap ke mulut tanpa mahu berusaha. Sebaliknya umat Islam digalakkan untuk berusaha mencari rezeki halal bagi menyara diri dan keluarga.
Disebabkan itu terdapat lima etika kerja yang perlu dijadikan panduan bagi memastikan rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatanNya :
Etika kerja 1: Ikhlas dan amanah
Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapat keredha Allah. Bersyukurlah juga dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbangkan tenaga untuk pembanggunan Negara. Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud, "Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Quda)
Etika kerja 2: Cekap dan tekun
Cekap dan tekun merupakan diantara ciri-ciri pekerja yang baik. Selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)
Etika kerja 3: Bekerjasama
Telah menjadi lumrah kehidupan yang kita saling memerlukan diantara sama lain. Oleh itu kelancaran kerja adalah hasil dari semangat kerjasama. Kerana itu perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam pekerjaan. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan." (Surah Al-Maidah: 2)
Etika kerja 4: Mengabdikan diri pada Allah:
Kita perlu tanamkan di dalam hati bahawa pekerjaan adalah amanah daripada Allah. Kerja merupakn sebahagian daripada ibadat kita kepada Allah. Allah befirman yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah :21)
Etika kerja 5: Pekerjaan yang halal :
Hal ini juga tidak kurang pentingnya kerana setiap wang kita perolehi akan menjadi darah daging kita. Justeru pastikan bahawa kerja kita halal dan tidak bertentangan dengan hukum dan syarak kerana daging(tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan menjadi makanan api neraka.
Islam juga tidak membenarkan pemborosan dan pembaziran. Daripada Jabir katanya, Rasulullah bersabda "Peliharalah hartamu baik-baik dan janganlah dirosakkan kerana setiap orang diberi satu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya." (Riwayat Muslim)
Setiap rezeki yang diperolehi adalah merupakan kurniaan dari Allah, jadi bekerjalah kita mengikut garis panduan(etika kerja) yang di tentukan Islam agar harta kita terjamin barakahnya dan di redhai Allah hendaknya.
Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih di berkati dan di redhai Allah klik di sini.
Buatlah apa sahaja kerja asalkan mempunyai etika kerja yang baik antaranya berkerja dengan penuh tanggunjawab, halal dan diredhai oleh Allah.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA