Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan 4 strategi utama untuk memartabatkan profesion perguruan iaitu :
" Memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan
" Memantapkan kareir perguruan
" Memperbaiki persekitaran kerja guru
" Meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion perguruan
Dalam Islam guru adalah murabbi, muallim, muaddib, mudarris atau ulama. Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu." (Surah Faatir, ayat 28)
"Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikanlah sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang, nescaya Allah mneluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan ingatlah Allah itu maha Mengetahui terhadap apa-apa sahaja yang kamu kerjakan."
"Katakanlah ,adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.?" (Surah al-Zumar, ayat 9)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam memberi penghormatan tinggi kepada ahli ilmu. Oleh itu, golongan pendidik haruslah menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada insan yang memerlukan. Bagi guru atau pendidik , mereka tidak mengharapkan ganjaran atau balasan. Niat mereka suci dan murni iaitu untuk memajukan anak bangsa. Demikian antara peranan guru. Mereka bukan sahaja menjadi Qudwah Hasanah(contoh terbaik) kepada masyarakat malah peranan mereka terbukti apabila Negara ini mampu melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang. Kesimpulannya profesian perguruan tetap akan disanjung ke akhirnya.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa guru ialah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia di dunia menerusi penyebaran ilmu kepada masyarakat. Dengan yang demikian, semua guru mesti menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik selaku pendidik dan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur.