DWI FUNGSI KELAMBU
Mungkinkah suatu masa nanti kelambu hanya tinggal nama sahaja. Kalau sedikit masa dulu, kita dapat melihat kelambu digantung dalam bilik pengantin, sekarang sudah tidak ramai menggunakannya apatah lagi sudah ada alat penghawa dingin.
Kelambu juga diguna sebagai penghalau nyamuk tetapi kini sudah terdapat pelbagai alat menghalau nyamuk dan kelambu semakin terpinggir.
CIRI-CIRI PENTING KELAMBU
- Kelambu nyamuk lazimnya berbentuk segiempat yang boleh digantung dengan tali atau disarung di rangka katil.
- Kelambu nyamuk dihasilkan daripada kain jarang yang boleh dimasuki oleh udara.
- Kelambu tirai menggunakan kain kapas polyster atau campuran kapas dan polyster.
- Tidur di dalam kelambu polyster lebih panas dari kelambu kapas.
- Kelambu berjaring kasar mempunyai kelebihan dari segi pengaliran udara yang mengurangkan rasa panas tetapi jika terlalu jarang membolehkan nyamuk memasukinya.
- Dalam keadaan cuaca sejuk, kelambu memberi keselesaan.
- Gantung kelambu perlulah berhati-hati.
- Fabrik Sheer sesuai dijadikan kelambu kerana ringan dan nipis.
- Fabrik satin tidak terlalu tebal dan sesuai sebagai kelambu hiasan.
- Dalam bilik tidak berhawa dingin, fabrik kelambu yang sesuai adalah sheer, kasa, renda dan net.
- Pada zaman dinasti Ming di China, katil dilitupi kelambu jaring berdawai.
- Masyarakat Eropah abad 12 melitupi katil dengan kelambu tirai broked dan baldu berat yang digantung pada syiling untuk mengekang udara dan angin.
Masyarakat kolonial dikatakan orang pertama mengubah bentuk katil tanpa tiang dan menjadi ikutan. Ia mengurangkan dan menyusahkan pemakaian kelambu. Jadi, sewajarnya diketengahkan semula penggunaan kelambu kerana boleh menampilkan suasana romantik, eksklusif dan juga dapat mengelakkan gigitan nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA