16 KECACATAN LANTAI
Lantai sangat penting dalam struktur sesebuah banggunan. Di samping memberi kemudahan ruang kerja, lantai juga menjadi bahan pengasing di anatara aras bawah tanah dengan kawasan kerja.
Secara umum lantai terbahagi kepada 3 jenis dan tiap satu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri :
- Lantai bawah ( ground floor)
- Lantai tergantung ( suspended floor)
- Lantai bawah tanah ( basement floor)
Bahan binaan diperbuat daripada konkrit tetulang dan kayu. Ada juga di kawasan kampung dan rumah lama berlantaikan buluh.
Fungsi Umum Lantai
- Pengikat dan memberi kestabilan kepada tiang dan rusuk rumah.
- Struktur kestabilan untuk membawa beban dan sebarang tekanan luar, misalnya angin.
- Penebat haba dan mengawal kenaikan lembapan.
- Sokong dan memberi kawasan kepada perabot dan kegiatan penghuni.
- Sekatan antara ruang ( bagi ruang bertingkat ).
- Ikatan asas untuk siling dan alat saluran kelengkapan, umpamanya lampu dan telefon.
- Asas untuk pemasangan kemasan lantai.
Lantai yang baik akan memberi ciri yang berikut kepada kediaman:
- Nilai estatik dari segi warna dan keseluruhan rupa.
- Mudah dibersih dan di selenggara.
- Memberi suasana nyaman dan terang.
- Mampu diganti.
- Tahan lasak untuk kegunaan harian dan tidak mudah haus.
- Dapat menebat bunyi bising
- Mempunyai permukaan tidak licin.
Berikut adalah senarai kecacatan lantai yang sering berlaku :
- Pemendapan - akibat lapisan tanah/bahan tambak kurang kukuh dan tidak padat.
- Rekahan - akibat bahan tambak mempunyai bahan kimia aktif.
- Pemendapan - akibat saluran paip lama dan parit bocor menyebabkan hakisan bawah tanah.
- Kelembapan naik ke atas dari bawah tanah, menyebabkan lantai reput dan lembap.
- Serangan anai-anai.
- Serangsn kumbang dan serangga perosak.
- Getaran atau gegaran - disebabkan lalu lintas di jalan raya.
- Papan lantai daripada kayu melengkung.
- Papan lantai terasa mampung apabila pijak di atasnya.
- Pengikat seperti paku dan skru tercabut serta berkarat.
- Sokongan dan gelegar kayu agak jauh dan tidak mengikut spesifikasi yang ditentukan.
- Kelembapan di permukaan lantai konkrit.
- Wujud ruang di lapisan lantai dan hujungnya merekah dan melentur.
- Papan dan kemasan lantai di sekitar sinki ruang dapur reput dan lembap.
- Jubin lantai terkopek dan tertanggal.
- Pengedaran udara secara menyilang tersekat oleh barang simpanan bawah tanah yang berlantai gantung.
Bukannya kediaman utama sahaja yang perlu dijaga keadaan lantainya. Sekiranya terdapat rumah atau banggunan berhampiran rumah anda seperti tempat letak kereta, stor dan rumah pembantu, maka penyelidikan perlu dilakukan seperti rumah anda juga. Kerana lantai banggunan yang didapati rosak akibat serangan anai-anai boleh merebak hingga ke struktur rumah induk. Jadi berhati-hatilah.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA