PETUA PILIH SOFA FABRIK, KERUSI KAYU


Alah membeli, menang memakai.  Jangan beli seminggu perabot, sudah rosak.  Tidak di sangkal perabot merupakan kelengkapan rumah yang penting.  Terdapat pelbagai jenis dan gaya perabot.


Di sini ada beberapa petua berguna boleh dijadikan panduan sebelum membeli perabot:



  1. Petua untuk KERANGKA

  • Menggunakan spesis kayu keras.

  • Bahan sambunganmesti kuat dan tegap.

  • Pastikan bucu diperkukuh dengan kayu.


  1. Petua untuk KAKI

  • Dibina bersama kerangka atau berasingan, menggunakan kayu serupa dan di sambung secara mengunci.



  1. Petua untuk SPRING

  • Spring lingkaran paling kerap digunakan dan tahan lama.

  • Cari spring yang diikat tangan menerusi 8 cara,dari depan ke belakang, sisi ke sisi dan pepenjuru. Ini dapat mengelakkan keadaan melentur.

  • Spring seperti wayar diguna pada bahagian belakang kerusi.

  • Sistem spring ketiga ialah gabungan spring S dan getah anjal di mana terhasil jaringan yang memberi sokongan dan banyak terdapat pada kerusi import.



  1. Petua untuk PENUTUP SPRING

  • Spring dijahit bersama kanvas untuk meneguhkan kedudukan spring.



  1. Petua untuk PENGISI LAPISAN

  • Menggunakan busa getah tetapi ada juga bahan pengisi lain seperti kapas, sentetik dan gentian getah.



  1. Petua untuk KUSYEN

  • Gentian polyster paling banyak diguna.

  • Ada juga menggunakan kekabu.

  • Kusyen duduk dipasang bertindan seperti sandwic, dengan busa polyurethane dibaluti gentian polyester.


.
  1. Petua untuk KERUSI KAYU, PLASTIK, LOGAM

  • Periksa kayu, plastik atau logam untuk mengetahui mutunya.

  • Kayu lembut seperti ru, fir dan getah sesuai untuk kegunaan di dapur dan kanak-kanak.

  • Kayu keras seperti cengal, nyatoh, jati dan ramin dikaitkan dengan kehalusan fizikal kerana ira kayu menarik.

  • Perhatikan semua bahagian pada sambungan permukaan perabot.  Sekiranya ada kesan tumpahan gam, tanda paku dan sokongan kadbod, itu menandakan kerja tidak sempurna.

  • Bahan logam biasanya dipasang pada kaki, bingkai, alas tangga dan dasar.

  • Plastik acuan sesuai untuk kanak-kanak. Pastikan ia ringan dan tidak mudah pecah.


Bagaimanakah petua untuk menjaga set kerusi makan ini.
 
 
Hakcipta terpelihara  © 2008 ILHAM NISHA
I Ebook I Komentar I Utama I