Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA
PIALA SRI ENDON 2008
Pada hari Ahad 23.11.2008 merupakan hari Pengumuman dan Penyampaian Hadiah untuk Piala Sri Endon untuk semua katogeri iaitu Kemasan lembut, kraf tangan dan Fesyen untuk rekaan batik. Ia merupakan event batik yang terbesar di Malaysia. Kumpulan saya iaitu hijab-batik.com merupakan salah satu kumpulan yang layak hingga keperingkat pusingan ke 2/final. Saya merasa amat bertuah hingga berjaya ke peringkat ini walaupun saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Walaubagaimanapun saya tak berjaya memenangi apa-apa hadiah. Al-maklumlah saya baru di dalam bidang ini dan batik yang saya pamerkan adalah batik canting yang paling senang dan mudah untuk di buat dan disediakan.
Jika di bandingkan dengan yang lain-lain memanglah saya tak boleh lawan. Tambahan pula bilangan pembatik yang datang tu banyaknya dari Kelantan. Memang rekaan mereka unik, mempunyai seni batik halus dan memakan masa yang lama untuk di siapkan. Berbanding dengan saya yang lebih kepada nilai komersial. Kalau saya buat macam dia orang, tak taulah berapa harga yang patut saya letak jika saya nak jual. Sedangkan yang biasa ni pun tak sanggup orang membelinya. Saya buat apa yang telah saya komersilkan je. Tak menang pun tak apa, sekurang-kurangnya saya mendapat pengalaman dan serba sedikit dapat memperkenalkan produk saya kepada khalayak ramai/pengunjung. Kalau ada budget, tahun depan masuk lagi pertandingan ini, dan mungkin saya buat yang lebih unik serta llebih halus seninya supaya saya boleh menang. Tapi untuk jualan saya takkan buat yang halus dan lebih susah serta memakan masa yang lama untuk menyiapkannya, sebab golongan tertentu sahaja yang akan mampu membelinya. Lebih baik saya buat harga yang mampu orang membelinya.
Saya juga sempat ambil gambar semua peserta hingga keperingkat pusingan ke 2. Sebenarnya saya menyertai satu kumpulan lagi(juga masuk ke final). Jadi untuk Piala Sri Endon ni 2 kumpulan kami telah berjaya ke final tapi dua-duanya tidak berjaya mendapat apa-apa. Tak pe saya anggap ni percubaan mungkin tahun depan saya akan cuba lagi. Silalah tengok gambar di bawah ni, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi.
Gambar kiri - satu lagi kumpulan yang saya sertai memasukki pertandingan akhir Piala Sri Endon. Dan yang duduk di kerusi tu ketua kumpulan tersebut(iaitu Kumpulan Norhaliza Batik Kraft).
Gambar atas ialah kumpulan hijab-batik.com yang di ketuai oleh saya. Temanya ialah Hijab Aura Rafflesia Penyeri Kehidupan Anda.
Manakala di bawah ini merupakan peserta-peserta lain yang turut bertanding. Kesemuanya ada 14 penyertaan termasuk 2 kumpulan yang saya sertai. Tapi 1 gambar tak tau hilang kat mana.