7. Setelah semuanya selesai di lipat, jelujurkan bahagian yang di penitikan tadi. Tanggalkan peniti tersebut. Setelah semuanya selesai, bentuknya akan kelihatan seperti rajah 5.
CARA MENGGUNAKAN POLA EKOR SCALLOP
Ikuti langkah-langkah di bawah ini
1. Gunting kain langsir mengikut tinggi pola yang di sediakan sebanyak 2 keping(untuk tepi kiri dan tepi kanan). Untuk rujukan, bahagian yang bertanda(bucu tajam) adalah bahagian atas.
2. Tindihkan pola di atas kain tersebut. Lihat rajah 6. Ratakan dan peniti di sekeliling pola tersebut dan gunting mengikut bentuk pola tersebut. Terbalikkan pola tersebut jika anda ingin membuat bahagian satu lagi dan tindihkan di atas kain. Lihat rajah 6.
5. Tanggalkan peniti/jelujur tersebut. Bentangkan kain(gambaran kain seperti rajah 4). Sebaiknya buatlah jahitan tepi di bahagian bawah sahaja.
6. Langkah seterusnya ialah menghasilkan scallop. Untuk memudahkan anda, tandakan setiap guntingan kain tadi dengan nombor seperti di dalam rajah 4. Tindihkan guntingan 1a ke atas guntingan 1 manakala 2a di tindihkan ke atas 2 dan begitulah seterusnya(rujuk rajah 4). Penitikan dan begitulah seterusnya sehingga selesai. Lakukan perkara yang sama di bahagian tepi satu lagi.
3. Guntingkan/gariskan sesedikit(½ cm untuk lipatan) di bahagian atas kain mengikut ruang yang telah di tandakan di bahagian atas pola. Lihat rajah 7 di bawah.
a. Tandakan setiap garisan/guntingan dengan nombor seperti rajah 7 di atas. Di tepi kiri dan kanan(nombor 1) adalah untuk lipatan tepi. Jahit lipatan tepi kiri dan kanan tersebut.
b. Buatlah Jahitan tepi, bawah kain tersebut.
c. Tindihkan garisan 2a ke atas garisan 2. Penitikan dan begitulah seterusnya sehingga selesai. Lakukan perkara yang sama di kepingan satu lagi.
d. Jelujurkan bahagian yang telah di penitikan tadi. Tanggalkan peniti tersebut. Setelah semuanya selesai ia akan kelihatan seperti rajah 8.
Selesai
* Teruskan dengan membuat cantuman pada pita penyangkuk.
Walaupun apa jenis kain yang anda gunakan samada tebal atau nipis, lembut atau keras, mahal atau murah, anda pasti berjaya menghasilkan scallop yang memuaskan dan cantik (tidak patah/terlipat) jika anda menggunakan POLA ILHAM NISHA.
Cubalah...
PANDUAN
* 2 panel
- 3 keping scallop pola SB1
- 2 keping scallop pola SB2
* 3 panel
- 4 keping pola SB1
- 3 keping pola SB2
* Anggaran di atas boleh digunakan untuk membuat ukuran/anggaran panel lain.
* Sekali pembelian sahaja (1 set) , anda boleh membuat untuk seluruh rumah, dan boleh di simpan untuk masa akan datang. Dengan syarat anda pandai mengolahnya.
* Kepingan scallop yang siap di bentuk juga boleh di gunakan di kedua-dua bahagian. Pilihlah bahagian mana yang paling anda suka.
PERINGATAN
* Menggunakan kain berbidang ± 45 ke atas.
* Elakkan menggunakan kain yang elastik(tekstur yang tidak tetap seperti bergetah). Bagi anda yang tidak mahir menjahit akan menghadapi masalah dengan kain jenis ini.
* Jangan di tarik-tarik /ditegangkan kain dan pola anda. Sapukan/ratakan seadanya. Manakala pola boleh di hilangkan kesan lipatannya dengan menggosokkanya menggunakan seterika dengan suhu rendah.
POLA SCALLOP EKSKLUSIF
UNTUK MENGETAHUI CARA MENGGUNAKAN POLA INI, BELILAH POLA INI, ANDA PASTI DAPAT MENGHASILKAN LANGSIR TERSEBUT DENGAN JAYANYA.
Tips
1. Kepingan Scallop Biasa boleh di tambah atau di kurangkan bilangannya mengikut ukuran yang telah di ambil dengan melebarkan atau mengecilkan tindihan antara kepingan Scallop tersebut.
2. Setelah di tindihkan antara kepingan Scallop Biasa tersebut dan masih ada kekurangan ukuran dari ukuran yang di perlukan, ia boleh di tambah dengan meletakkan bahagian ekor Scallop di atas kepingan Scallop dan membuat anjakkan pada bahagian ekor Scallop tersebut.
3. Bahagian ekor Scallop Biasa boleh di letakkan di bahagian belakang jika kepingan Scallop tersebut mengikut ukuran yang di perlukan manakala ia juga boleh di letakkan di hadapan bagi menutupi kekurangan ukuran yang diperlukan.
Gambar di atas adalah contoh Scallop Eksklusif yang telah siap di pasang.
Bagi mereka yang tidak boleh, tidak tahu atau ingin lebih mudah membuat paten Scallop Biasa dan juga Scallop Eksklusif kami menyediakan pola/pembentuk untuk anda. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan fabrik kami anda juga boleh membeli pola/pembentuk sahaja.
Perlu juga kami ingatkan disini. Arahan / cara menggunakan pola akan di sertakan bersama pola yang anda beli. Berikut adalah cara-cara menggunakan pola seperti mana yang akan kami sertakan bersama pola tersebut, jika anda membeli pola kami.
POLA SCALLOP BIASA
(SB1)
CARA MENGGUNAKAN POLA ILHAM NISHA (SCALLOP)
Untuk mendapatkan bentuk dan hasil yang memuas ikuti langkah-langkah di bawah ini.
1. Gunting kain langsir selebar bidang kain(contohnya lebar bidang kain yang biasa berada di pasaran ialah 45/48/54/58/60 inci) yang anda gunakan. Guntinglah beberapa keping mengikut keperluan tingkap/pintu anda.
2. Lipat dua kain tersebut dengan menemukan/tindihkan kedua bucu a & b. Samakan dan ratakan. Lihat rajah 1.
3. Tindih pembentuk/pola di atas kain tersebut. Lihat rajah 2. Penitikan/jelujurkan/gariskan di sekeliling tepi pola tersebut. Gunting di sekeliling pola.
4. Gunting sedikit(½ cm seperti rajah di bawah) di dalam setiap ruang(bentuk bucu tajam) tepi yang telah di sediakan di pola tersebut. Gunting lurus, jangan di gunting mengikut bentuk yang ada di pola.
____________________________________________________________________________________________________________________________
Ini adalah antara contoh Scallop Biasa yang telah siap digantung.
____________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________
BERMINAT DENGAN POLA / PEMBENTUK SCALLOP KAMI?
Jika berminat, baca betul-betul dan buatlah pilihan yang mana satu anda inginkan. Buat anggaran ukuran(berpandukan tips dan panduan yang di sediakan) serta kira dan jumlahkan harganya. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah ini untuk membuat pembelian :
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA
3. SMSkan kepada kami jika anda rasakan perlu dan ingin tindakan yang lebih segera.
Kami akan membuat penghantaran sebaik sahaja kami mendapat pengesahan pembayaran. Kebiasaannya bungkusan anda akan sampai ke alamat yang di sertakan selama 2 atau 3 hari bekerja, namun ia juga bergantung di mana anda berada. Walaubagaimanapun penghantaran akan sampai selewat-lewatnya dalam masa seminggu(dalam Malaysia). Berikut adalah caranya penghantaran yang biasa kami lakukan dan yang terbaik:
Jika ada sebarang masalah dan kemuskilan sila hubungi kami di
atau
Telefon : 013 2129677(Pn. Nisha).
Jadual dibawah adalah senarai harga untuk pola Sallop