Suamiku mengelengkan kepala melihat kerenahku. Pada mulanya di tolong juga mengubah kedudukan pasu-pasu bunga tersebut tetapi akhirnya akibat terlalu kerap mengubah kedudukan pasu dia pun dah malas nak melayan kerenahku. Jadi sekarang aku sendiri yang mengatur dan mengangkat pasu-pasu di lamanku. Itulah hobiku suka menukar-nukar kedudukan sesuatu barang baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Hinggakan ada pasu yang pecah di sebabkan terlepas dari tangganku manakala di dalam rumah meja kopi di ruang tamuku, kakinya patah di sebabkan selalu di ubah dan di tarik(tanpa di angkat). Maklumlah aku seorang yang buat. Suamiku dah malas nak melayan aku. Oleh itu aku buat seorang diri dan semasa semua orang tiada di rumah iaitu semasa anak-anakku ke sekolah manakala suami pergi kerja.
Akhirnya inilah taman laman yang ku bentuk sendiri hasil usahaku dan kreativiti yang mungkin ada padaku. Sekarang sudah jarang aku mengubah kedudukan lamanku, dalam satu tahun mungkin sekali atau dua kali sahaja aku mengubah kedudukkan bunga-bunga di lamanku. Al- maklumlah sekarang ni, aku sibuk dengan projek baruku iaitu produk batik yang ku usahan sendiri.
TAMAN LAMANKU
Puas aku fikirkan, taman laman yang macam mana yang paling sesuai untuk kami sekeluarga. Aku inginkan taman laman yang cantik tetapi lapang/luas, ada ruang untuk meletakkan basikal anak-anakku dan juga motor suamiku. Tetapi aku tidak mahu motor dan basikal itu akan mencacatkan keserian lamanku. Berbagai cara ku fikirkan dan entah berapa kali aku mengubah kedudukan bunga-bungaan yang berada di lamanku supaya ia kelihatan cantik dan sedap mata memadang. Al-maklumlah aku ini bukannya pakar di dalam bidang ini, tidak pernah mengikuti mana-mana kursus menghias laman pun sekadar melihat di akhbar-akhbar dan majalah-majalah sahaja.
Bahagian Tong sampah di laman yang ku tutupi dengan bungaan pasu. Tidak berapa perasankan di mana tempat sampah tersebut?. Meter air pun ku biarkan di tempat asalnya. Cuma ku hiaskan dengan bungaan pasu dan air terjun buatan sendiri. Aku dan suami yang membuatnya. Nak tau macamana cara membuat air terjun tersebut? O.klah aku kongsi sikit cara aku membuatnya. Kerusi plastik(jangan terperanjat) yang ada bahagian penyandar, batu-batuan dari sungai dan simen. Kerusi tersebut di lekatkan didinding tong sampah dan digunakan untuk membuat bahagian aluran atas untuk air turun dan di tutupi dengan simen dan batu-batu. Manakala bahagian yang rata, bentuklah sendiri mengikut citarasa aku dan bahagian kolamnya kenalah di korek tanah tersebut menggunakan cangkul biar ia dalam sedikit dan boleh di letakan ikan di dalamnya.
Bahagian yang berhampiran Sliding door ini, taman lamanku hiaskan dengan bunga-bungaan yang bersesuaian di letakan di tempat yang beratap. Tapi ada juga bungaku yang tak berapa menjadi, tak subur kerana kadang-kadang aku terlupa menyiramnya terutama bunga gantung. Dah lama aku tak membaja bunga-bungaku. Maklumlah aku sibuk dengan projek batikku. Tapi nasib baiklah suamiku rajin juga tolong menyiram bunga dan memotong/membuang daun-daun yang mati. Basikal anak-anakku, di letakkan di bahagian belakang bunga tersebut, jadi tak berapa semak mata memandangnya. Pokok herba yang ku ambil di rumah mak mertuaku ada juga ku tanam. Katanya sesuai untuk darah tinggi dan kencing manis. Pokok pandan pun ada di dalam pasu besar tu, jadi sesekali nak buat kuih atau nasi lemak tak payahlah beli kat kedai. Daun pandan juga boleh di jadikan pewangi semulajadi. Jadi sesekali jika ada orang yang nak datang aku rebus aje daun pandan, wangilah satu rumah.
Ruang pintu masuk ke rumahku di hias dengan bunga-bungaan yang bersesuaian dengan tempat yang redup dan kurang cahaya matahari. Bahagian atas rak kasut juga ku letakkan bunga supaya anak-anak bujangku tidak meletakan sebarangan barang di atasnya(tau ajelah budak-budak ni, main suka dia je, nak letak kasut ke, stokin ke kat mana dia rasa boleh letak). Pasu besar tu berisi bunga keladi, air dan ikan. Jangan tak tau, aku sendiri yang tampal bahagian bawah pasu yang berlubang supaya boleh di isikan dengan air dan aku sendiri yang angkat pasu di atas pasu.
Nampak tak kat mana letaknya daun kucai? Jadi sesekali nak masak sayur toge tak perlulah beli kucai.
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA