PENGGUNAAN KACA UNTUK TINGKAP DAN PINTU
Bayangkanlah kediaman anda tanpa tingkap atau pintu, pasti kelihatan tidak lengkap.
Jika dahulu kayu digunakan sebagai bahan utama tetapi kini penggunaan kaca menjadi trend rumah moden.
Selain memberi kesan hidup dan keindahan pada sesebuah rumah, ia juga menjadikan rumah lebih segar dan luas.
Fungsi kaca pada tingkap dan pintu bebeza-beza bergantung pada jenis bahan kaca yang dipilih.
Jika tersalah pilih, ia akan menjadikan rumah hilang 'tenaga dalaman' dan seterusnya memberi suasana yang tidak selesa pada penghuni.
Kaca terdiri daripada pelbagai jenis seperti kaca low-emissivity, kaca tinted, kaca berwarna, kaca reflektif dan kaca lapis (kaca keselamatan).
i. Kaca Low-Emissivity - kaca jenis ini turut dikenali sebagai low-e disadur pada permukaan kaca. Saduran ini membenarkan cahaya masuk tetapi menghalang sinaran solar daripada tembus ke dalam rumah. Kaca low-e membantu rumah anda berkeadaan sejuk dalam suasana panas dengan menyekat gelombang haba luar daripada masuk. Manakala pada keadaan sejuk, kaca jenis ini akan menghalang hawa sejuk dalam rumah keluar melalui kaca. Kaca ini juga menghalang sinaran ultraungu yang menyebabkanpudarnya lantai.
ii. Kaca Tinted - Penggunaan kaca ini akan menggurangkan silau dan haba dari matahari dan mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke rumah anda.Kebanyakan kaca jenis ini di datangkan dalam warna gangsa, perak, biru dan hijau.
iii. Kaca Berwarna - Pemilihan kaca ini perlu dibuat dengan teliti. Selain dari bentuk dan saiz, anda perlu menyesuaikan dengan skema warna kediaman. Kaca warna menjadikan ruang kediaman terasa dingin kerana kaca ini menyerap sebahagian panas matahari. Ini memberi rasa selesa kepada penghuni.
iv. Kaca Reflektif - Dapat mengurangkan penyerapan sinaran solar. Dari sudut luar rumah, kaca ini bertindak seperti cermin yang melindungi pandangan dalam rumah anda.
v. Kaca Lapis - Kebiasaannya di guna di pejabat atau kedai dalam beberapa situasi seperti terdapat kemungkinan hentaman manusia atau apabila kaca boleh pecah jika jatuh. Ini disebabkan kaca jenis ini berkeupayaan untuk melekat dan tidak berkecai walaupun telah pecah.
Jadi buatlah pilihan bijak untuk memastikan rumah anda sentiasa mempunyai aura yang tersendiri.