USB PENGHUBUNG PERANTI DAN KOMPUTER


Kita biasa mendengar mengenai USB (Universal Serial Bus) atau port USB apabila orang berbicara mengenai menyambungkan komputer dengan pelbagai peralatan lain seperti pencetak, pendrive dan peralatan yang tertentu.


Malahan kita mungkin juga selalu menggunakannya apabila menggunakan komputer, pencetak, kamera digital dan sebagainya walaupun kadang-kala  tidak menyedari wayar yang digunakan adalah wayar USB yang disambung ke port  USB.


Tetikus, papan kekunci, pembesar suara dan pelbagai aksesori computer masa kini sememangnya telah bergantung kepada sambungan USB sepenuhnya memandangkan ia memeng dicipta untuk memudahkan penyambungan ke komputer.


Kini dengan penggunaan port USB, masalah penyambungan dapat di atasi dengan mudah kerana ia mudah digunakan, standard dan boleh dihubungkan dengan 127 peranti atau alat elektronik ke komputer.


Untuk menggunakan sambungan USB amat mudah, anda hanya perlu menyambungkan kabel sambungan kepada port USB yang terdapat pada komputer dan secara automatik perisian Windows akan mengesan driver yang sesuai untuknya.


Bagaimanapun, jika alat yang dihubungkan itu merupakan produk baru dan tidak dikenali oleh komputer, ia akan meminta anda memasukkan driver melalui CD yang dibekalkan oleh pengeluar produk tersebut.


Kebanyakan produk dengan USB mempunyai kabelnya sendiri yang dibekalkan kepada pembeli dan mempunyai kabel sambungan USB 'A'. Jika tidak, peranti itu mempunyai soket yang menerima sambungan USB 'B'.


Perbezaan di antara USB 'A' dan USB 'B' ialah USB 'A' mempunyai kepala upstream (menghala ke atas) kepada komputer dan sambungan 'B' mempunyai kepala downstream  dan dihubungkan kepada setiap peranti secara individu.


Kebanyakkan komputer sekarang hanya dilengkapi dengan satu atau dua soket USB sahaja dan sudah tentu tidak mencukupi kerana kebanyakan peranti sekarang menggunakan penyambungan USB.


Sehubungan itu, cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membeli hub USB yang membolehkan anda membentuk satu rangkaian hub sehingga 127 peranti.


Kebiasaanya satu hub mempunyai 4 port sambungan port USB baru dan ada juga yang mempunyai lebih daripada itu.



Ciri-ciri USB


1.        Komputer menjadi hos utamanya.

2.        Mampu menyokong sehingga 127 peranti yang boleh disambung terus melalui hub USB.

3.        Kabel USB kebiasaanya boleh menjangkau sehinnga 5 meter dan menggunakan hub
           membolehkan anda menyambung sehingga 30 meter.

4.        Standard USB terkini iaitu USB 2.0 yang diterbit pada April 2000 dengan kadar
           penghantaran data dberkelajuan 380 megabit sesaat.


               Secara amnya penggunaan USB memberi kita kemudahan dan manfaatnya.





 
Hakcipta terpelihara  © 2008 ILHAM NISHA
I Ebook I Komentar I Utama I